Jalan-jalan cari kawan
16 September 2020
Terdetik difikiran.. sudah lama berhajat untuk menjenguk kawan-kawan lama semasa sama-sama belajar di USM lebih 30 tahun dahulu… ada yang tak pernah berjumpa sejak berpisah dahulu.. ada yang kadang-kadang 5-6 tahun sekali berjumpa…
So kebetulan hanya aku sahaja yang bekerja.. isteri dah pun bersara awal… senang sikit la nak jalan-jalan, lebih-lebih lagi ujung minggu bukan giliran kami menjaga ibu ( ibu mertua aku ). So terus decide , 19-21 SEP 2020 , kita jalan2 ke Kelantan,Terenggau dan Pahang.

Target kawan yang lama tak jumpa dan yang rapat iaitu Roslynan ( kanan), Zulkifi Mohammad (kiri) dan Suhairi Othman ( tengah). Al-fatihah untuk Zawawi ( 2 dari kanan ). Setelah mengatur perjumpaan, Roslynan yang sentiasa sibuk dengan urusan ladang cuma sempat berjumpa di rumah Zul kat Pasir Putih. So kami aturkan untuk lunch di rumah Zul pada hari Sabtu tu.

Memandangkan rumah Suhairi jauh kebawah di Temerloh, aku book hotel di Kijal yang separuh perjalanan dari Pasir Puteh ke temerloh. So Hari Ahad lunch di rumah Suhairi.
Dalam perjalanan , kami sempat singgah di Pantai Bisikan Bayu.. best untuk lepak2 dengan family… pantai bersih… kena dengan cuaca yang cerah… sempat juga sewa ATV ronda2 kawasan tepi pantai..


Dalam perjalanan dari Pasir Puteh , sempat juga stop by beberapa tempat. Tak boleh kalau tak merasa makanan viral tempatan ICT-Ikan Celup Tepung. Kami singgah di Pantai Penarik.


Memang sedap…
Teruskan perjalanan.. tepi pantai..dah agak letih… naik highway LPT… terus ke Kijal.. sampai pun dah pkl 10mlm… checkin … dinner Nasi Arab ( specialty kat sini ).
Hotel apa ?.. Hotel Al Safina.. not bad.. malam2 tidur.. boleh dengar ombak… tu la yg aku paling suka… pagi2 buta lagi dah bangun .. lepas subuh.. terus menjengah pantai.. lepak dan dengar deruan ombak… bestnya..


Check out pukul 9pg… teruskan perjalanan ke Termerloh… 1/2 jalan lama. 1/2 highway. Tak lengkap kalau tak pekena nasi dagang.. Memang sedap la….

Teruskan perjalanan setelah perut kenyang… sambil melayan lagu2 irama 80-an.. merentas highway dengan hujan sederhana lebat… Sampai kat Termerloh dalam pkl 1 tgh.. sedang elok perut tengah lapar… dihidang pula dengan pais ikan patin fresh… fuhh terangkattt…

So .. mission untuk bertemu kawan2 telah tercapai… alhamdulillah… Entah bila pula akan bersua….. hanya takdir yang menentukan…